Selasa, 26 Jun 2012

ya Allah.........aku berdosa..

hanya kali ini ana muncul lagi..... Rasa berdosa yang amat kepada-Nya... hanya bila ana ditimpa dugaan maha hebat.. ana ibarat hamba-Nya yang tidak tahu diuntung....... hanya ketika itu ana sujud dan menangis semahu-mahunya di hadapan-Nya.. yA Rabb... sungguh ana malu ..dengan ukhti... dengan diri ana..apatah lagi dengan Tuhan ana... ana mengaku....kali ini ana ditimpa ujian lagi... kali ini ana rasa lemah ..rasa kerdil... rasa malu mahu mengaku sebagai hamba Tuhanku...

Jumaat, 24 Februari 2012

ya Allah ..aku tidak mampu...


Pedih sungguh hati ini terkena ujian hebat yang tidak diduga.rasa seperti langit di hempap ke kepala.. Pilu sungguh jiwa merintih sedih mengenang diri yang dirundung malang. Air mata berguguran jatuh mengiringi sedih perasaan yang tidak tertanggung bebannya lagi. Diri benar-benar sedih. Sedih yang tidak terucap. Jika diluahkan kepada manusia dengan seribu daya pun mereka pasti hanya bisa menadah telinga dan mungkin melontar buah rasa buat pemujuk jiwa. Hanya diri ini sahaja yang mengerti. Namun ALLAH berjuta kali lebih mengerti dan mendalami isi hati berbanding diri sendiri!.
"Ya Allah tidaklah engkau jadikan penderitaan ini dengan sia-sia melainkan engkau akan menggantikan ianya dengan yg lebih baik"

Khamis, 23 Februari 2012

salam petang

assalamualaikum semua kesayangan ana....semalam ana attend program gema puisi bersama prof emeritus dr muhammad haji salleh..sangat happening..ana join group kebudayaan mlm tu..alhamdulillah..semua berjalan lancar..hari ni ana kurang sihat...pening kepala start dr subuh smpai balik kelas...ya Allah..semoga baik2 sahaja diri ana..kesihatan makin turun..muntah dah selalu..xtau nape....mendadak sangat perubahan ana...tp luarannya orang lihat ana nmpak kuat...ketawa, senyum , boleh gurau2 dengan ukhti2 tersayang....ana dan Allah saja tau yang sebenar-benarnya...cuma ukhti aina seringkali perasan dengan perubahan ana..kuat mengelamun, selalu pening..syukran ukhti..ana insyaAllah xde ape2...
td ana berbual dengan akhi oppa(fahdil)..bersembang mengenai masa depan..mengenai bakal isterinya, wang hantarannye..hehe..nmpak lucu sngt akhi oppa td..seandainya wyn masih ada waktu untuk mencapai impian itu kan akhi....semoga akhi berbahagia selalu..akhi kawan ana yang baik..akhi juga lelaki yang baik..jadilah walid untuk si dia bila tiba saatnya nanti ye..insyaAllah..ana belum tahu siapa dan ana belum nmpak jdoh ana siapa...pada ana..setelah banyak liku2 dugaan , sakit perit ana dalam mencuba menggapai kebahagiaan yang satu itu..ana rasa lebih baik ana berserah...ana tahu Allah pasti memberikan yang terbaik buat ana..amin..cuma harapan ana..siapa pun dia..ana harap dia dapat terima segala kekurangan ana yang mungkin menjengkelkan..ana xmahu tahu siapa jodoh ana...ana xmahu berharap lagi...ana mahu contohi ukhti ana yg satu tu,,kak sakinah...jodohnya sangat mulia...sangat setia...sangat penyayang..subhanallah..kak sakinah beruntung sangat dapat suami mcm si dia...ukhti sangat bertuah..^_^
biarlah masa yang tentukan siapa dia yang sebenarnya.........bismillahitawakkaltuallallah...

Rabu, 15 Februari 2012

Doa Buatmu Ya Allah


Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya


Ya Rabbul Quddus

Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim

Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU


Amin.

Selasa, 14 Februari 2012

Pesanan buat jiwa Kecewa...

Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.

Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.

Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.

Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.

Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.

Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.

Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.

Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.

Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.

Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.

Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.

Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.

Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.

“Bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.”

La Tahzan Innaha ma'ana

assalamualaikum...maafkan ana baru dapat kekuatan utk update blog ni...demi Allah..ana seorang yang tidak kuat...baru-baru ni ana dikejutkan dengan satu permasalahan duniawi..dugaan yang membuatkan ana sakit, pening, muntah...ana kalah..ana jatuh ...bila ditinggalkan insan ciptaan Allah..ana lupa bahawa Allah punya rencana-Nya sendiri.. ana menangis x henti2...mcm org sakit jiwa...hati ana yang hancur hanya Allah saja yg tau..perhubungan yang dah berakhir itu sebenarnya sudah berusia 3 tahun.. kecewanya ana masa tu memang perit...si dia memilih insan yang lain..satu tamparan hebat buat ana kerana ana sememangnya dah lama bertahan dengan hubungan yang x diredhai Allah ini..kenangan...nk ckp memanglah sangat banyak.. tp masa tu ana lupa bahawa Allah sangat murka dengan semua kenangan-kenangan ciptaan ana dan dia...mcm-mcm memori kami ukir bersama..tp dalam masa yang sama.. kami lupa bahawa ada yang tidak meredhai tindak-tanduk kami.. putus cinta, patah hati... yang ana rasa buat ana rasa down.. meraung..menjerit..semua ada..janji si dia yang katanya ingin dikotakan hanya tinggal janji..mcm lagu Aishah- Janji Manismu... ye..semua orang pandai berjanji...nk tepati janji sangat susah ..ana menangis lagi..
ukhti n akhi semua nasihati ana...marah ana sebab ana ni lemah sangat...kerana seorang lelaki yang hanya ana kenali 3 thn ...bila ditakdirkan berpisah..masa ni ana rasa malu sangat pada Allah...sebab masa ni jugak baru ana terhegeh-hegeh mengadu, menangis di depan Allah minta petunjuk dan pertolongan-Nya..sedangkan dulu masa bahagia kononnya, Dia ana lupakan kerana urusan duniawi yang maha menggoda...Ana minta nasihat mummy, minta nasihat daddy..ingat lagi apa yang mummy ckp..." biarlah nak, kenapa kita mesti nmpak lemah di depan dia? alhamdulillah dia tunjuk the true color sebelum tunang or kawen..mummy ada, daddy ada, baby ada, kak eqa ada....semua sokong adik"..mcm tula ape yang mum ckpkan..daddy ckp jangan fikirkan sangat...insyaAllah ada hikmahnya..ya Allah ..begitu kuat sokongan keluarga pada ana... ana mengadu pada kakak agkat ana, Kak Sakinah..dia sgt memahami...katanya, jangan berdendam dengan si dia...doakan supaya si dia bertaubat n insaf..dekatkanlah diri pada Allah, insyaAllah ana akan lebih tenang dan bahagia.. ya Allah...ramai yang sayang ana.. ramai yang xnk tengok ana siakan hidup n masa muda ana... syukran ya Allah..roomate ana yg tersayang juga, x ptus2 bagi sokongan kat ana..ana syg ukhti, Aina..syg Aina kerana Allah.. juga pada bf till jannah yang lain, Dina, Dayah, Alia, Eqa, Lin, Saba, Kak cici, Kak Sofea, Vee, Gyna, Annie...kepada sahabat dan akhi, aie, terry, oppa, abe...syukran semuanya...buat dr Cinta ana, ukhti Leen Da, ana sangat mengahargai ketulusan n keikhlasan hati ukhti menasihati diri ana..sayang sis...Doakan ana jadi perempuan yang lebih baik, solehah n kuat menghadapi dugaan ya... doakan juga agar ana dapat lihat hikmah disebalik dugaan ini.... ana yakin kalau ana menginginkan juga si dia,kerana ana terlalu sayang dia... kalau Allah dah tetapkan hati dan jodohnya untuk ana, kami pasti bersama till jannah..buat yang si dia pilih, anti dan kata-kata anti begitu sangat menyakitkan hati ana, tp jangan lupa..Qada' dan Qadar Allah itu bukan anti yang ciptakan...jangan sombong dengan dan rasa menang dengan memiliki si dia... sekejap sahaja Allah boleh tarik nikmat itu....

Sabtu, 3 Disember 2011

sakit itu ibadah..

beberapa hari dilanda demam..ya Allah..susah benar ana nk lelapkan mata..xley bnafas..tp disebalik keperitan sakit itu...sakit mampu mengurangkan dosa kita..betul x??
sakit..sakit...
jangan sebab sakit..kurang pulak pahala kita dek merungut...Allah sayang kita ..Allah nk ingatkan kita supaya jangan lalai..hehe.e..sesape yg sakit tu..bawa2 bersabar..jmpe doktor..momom ubat yer..^_^